Let's the story begin !
Novel ni menceritakan kisah remaja yang masih belajar di universiti .
Watak utama dalam kisah ini ialah
Safiy Aqil or better known as
Aqil . Aqil adalah budak remaja yang di katakan mempunyai masalah mental . "Tapi betul ke orang se kacak Aqil ni ada masalah mental ?" persoalan itu tetap bermain di fikiran
Raisya .
Raisya merupakan teman sekuliah Aqil . yaaa , pada mulanya Aqil memang agak awkward dengan Raisya sebab gadis ini terlalu ambil berat tentang dirinya . "Kenapa dia terlalu ambil berat tentang aku ? Padahal aku dah bersikap dingin dengan dia" . bagi Aqil , raisya terlalu bersikap peramah dengannya . dia tak biasa di layan seperti itu . "Perempuan semuanya sama" Aqil merasakan Raisya mungkin akan mengambil kesempatan ke atas dirinya jika terlalu bersikap mesra .
tapi bagi Raisya pulak , dia pasti bahawa Aqil itu lelaki yang normal . dia berasa simpati terhadap aqil yang selalu di ejek oleh senior senior di sana . kebetulan untuk subjek studio , Raisya berada dalam satu ruangan bersama aqil . sepatutnya Aqil ni dah pun dapat diploma tapi dia perlu mengulang subjek studio kerana gagal sebelum ini . untuk lebih tepat lagi , aqil dah mengulangi subjek studio yang sama sebanyak 3 kali kerana dia telah gagal 3 kali berturut turut . pelajar pelajar junior yang lain rasa hairan kerana kebanyakan pensyarah memuji dan mengatakan bahawa Aqil itu seorang yang kreatif . tapi , macam mana dia boleh gagal ? hm .
Aqil tak banyak bercakap dalam kelas . diam membisu . dia tak mahu bergaul dengan sesiapa . dan di sebabkan itu , dia dapat gelaran
kera sumbang dalam kelas . Aqil tak peduli . tak pernah peduli .
Raisya , satu satunya gadis dalam kelas yang selalu menegur aqil . dia tetap sabar dengan karenah Aqil . tak pernah jemu bagi senyuman
but Aqil still Aqil . dia menjawab sapaan raisya tanpa memandang dia . kelakuan Aqil itu membuatkan Raisya rasa ingin mengenalinya dengan lebih rapat .
Rafa'e yang terkenal sebagai anak kepada Dato' Hamdan adalah pelajar yang selalu di puji oleh semua pensyarah . (budak hensem jugak . muka macam dafi perghh) hahaha Rafa'e telah meluahkan hati dan perasaannya terhadap Raisya tapi raisya menolaknya mentah mentah tapi rafa'e tetap gentle .
Aqil pada mulanya memang dingin . dia susah menerima raisya . tapi cara raisya itu memikat hatinya
Raisya yang selambe itu tak seperti orang lain . Raisya menerima Aqil dengan dirinya sendiri dan itu yang membuatkan Aqil makin senang dengan kehadiran Raisya .
Semakin lama , semakin bertambah baik hubungan antara aqil dan raisya
aqil sudah selesa menceritakan kisah hidupnya kepada raisya dan raisya setia mendengar serta berjanji untuk merahsiakannya . (cehh kononnya sweet ahahaha) hampir semua pelajar studio heboh dengan berita tentang mereka dan sehinggalah khabar itu sampai di telinga rafa'e
Perasaan cemburu + geram bercampur dalam diri rafa'e . "Kenapa aqil dapat perhatian raisya ? Bukankah aqil ni seorang budak yang tak mahu bertegur sapa dengan orang ?" cetus Rafa'e . perasaan hasad dengki mula menyelubungi diri dia . Hakikatnya , Rafa'e sangat membenci Aqil . Dan khabar angin itu telah membuatkan Rafa'e semakin membencinya .
Sara yang memendam perasaan suka terhadap Aqil mula memasang niat jahat . Dia telah sabotaj projek Raisya . Tapi apa yang mengejutkan , bukan projek Raisya saja yang jahanam , projek Aqil juga telah jadi mangsanya . Angkara siapa pulak ? Satu demi satu dugaan yang menimpa Aqil , membuatkan Raisya makin tak senang duduk .
Tapi kenape semua ni boleyh berlaku ? Dan apa sebenarnya hubungan antara Rafa'e dan Aqil ? Sehinggakan Rafa'e terlalu benci akan kehadiran Aqil ? Ketahuinya di episod akan datang ! bye