Welcome to my world ♡ +Follow | Dashboard
s y i r a h ' s

Owner

Touch the hover!


Diaries Owner Linkies
Tutobies Blog

Bonjour! Welcome to my wonderful site :)

Instagram

 silent reader(s)

Chit chat



Leave your footprints here :)
No harsh words ;)




Credit



Owner blog and redesign: SyirahAisyah


Followers



Kisah Teladan : Masyitah Meninggal Dunia Demi Mempertahankan Iman

Assalamualaikum and holla ! Syirah dah balik rumah nie ! Hahaha gila seronok . Hari rabu hari tu , masa syirah ada dekat KoPu , ustazah Fatimah cerita dekat kiteorang , kisah seorang wanita yang meninggal dunia demi mempertahankan iman iaitu Masyitah . MasyaAllah :)

Harini , syirah tak buat tuto lagi . ok ? Syirah terfikir, syirah kan sekolah ulul-albab , tapi syirah tak kongsi apa apa pun pasal agama . Macam tak patut jea kan? Hahaha . entah laa . Apa apa pun, jom scroll ke bawah dan baca kisah ini segera ! ^^

As we know, Firaun mengaku dirinya Tuhan dan memaksa semua rakyat jelata agar menyembah serta memperhambakan diri padanya. Barang siapa yang ingkar akan suruhannya akan diseksa atau dihukum bunuh. Begitulah kejamnya Firaun. 

Walaupun hukuman diugut dengan hukuman bunuh, terdapat beberapa orang yang telah sedar dan beriman kepada ALLAH. Diantaranya ialah Siti Asiah, isteri Firaun sendiri dan keluarga Masyitah.

Masyitah adalah pelayan raja yang lebih dikenali sebagai tukang sikat keluarga Firaun. Mereka terpaksa menyembunyikan keislaman mereka agar dengan itu mereka tidak diganggu oleh Firaun dan orang-orangnya.

  Walau bagaimanapun suatu hari, sewaktu Masyitah sedang menyikat rambut salah seorang daripada puteri Firaun, tiba-tiba sikat itu terjatuh dan tanpa di sengajakan, dia melatah dan menyebut nama "Allah!" . Puteri tersebut bertanya , siapakah 'Allah' itu . Pada mulanya Masyitah enggan menjawab pertanyaan itu. Namun puteri itu terus mendesak Masyitah agar menjawab pertanyaannya. Akhirnya, dengan tenang masyitah berkata, "Allah itu Tuhanku dan Tuhan sekalian alam."

Puteri tersebut dengan serta merta mengadu kepada Firaun tentang Masyitah. Firaun terperanjat apabila mendengar Masyitah menyembah selain dari dirinya. Firaun dengan kekuasaan yang ada padanya telah memerintah menterinya yang bernama Hamman untuk membunuh Masyitah dan keluarganya yang menyembah Allah.

Jasa masyitah yang begitu banyak terhadap keluarga firaun langsung tidak dikenang oleh Firaun. Selain menjadi tukang sikat, Masyitah juga mengasuh dan menguruskan istana. Tanpa usul periksa, Firaun menjatuhkan hukuman berat kepada Masyitah dan keluarganya.

Di pihak Masyitah pula, dia sedar bahawa inilah masanya Allah hendak menguji keimanannya. Meskipun lemah fizikalnya namun Masyitah memiliki kekuatan jiwa yang sukar ditandingi oleh wanita lain. Beliau dengan lapang dada menerima apa sahaja yang hendak dilakukan oleh manusia kufur, sombong dan bongkak itu terhadapnya.

Hamman telah memaksa pengawal pengawalnya menyediakan kawah yang besar. Hamman ingin merebus Masyitah serta keluarganya yang terdiri daripada suaminya dan empat orang anak termasuk seorang bayi yang masih kecil.

Masyitah dan keluarganya melihat air di dalam kawah yang dimasak sehingga mendidih namun , itu sedikitpun tidak menggugat keyakinan mereka kepada Allah. Sebelum ditolak ke dalam kawah tersebut, Masyitah sekeluarga telah ditanya oleh Hamman sama ada mahu selamat dengan menyembah Firaun kembali atau masuk ke dalam kawah dengan beriman kepada Allah. Dengan tegas mereka berkata, "Kami akan terus beriman kepada Allah sekalipun terjun ke dalam kawah yang menggelegak ini."

Maka, Hamman pun memaksa satu persatu keluarga Masyitah terjun ke kawah tersebut dengan sombong dan ketawa terbahak bahak sambil menyindir serta menghina mereka. Suami Masyitah dicampak dahulu dan diikuti dengan anak anaknya. masyitah melihat sendiri bagaimana suami dan anak anaknya terkapai kapai di dalam air yang menggelegak itu. Akhirnya, tinggal Masyitah bersama bayi yang sedang didukungnya.

Di waktu itulah syaitan membisik ke telinganya, tidakkah dia berasa kasihah dan simpati pada bayinya yang masih merah serta tidak tahu apa apa itu. Masyitah mula berasa ragu ragu sama ada hendak membiarkan dirinya dicampak ke dalam kawah itu atau tidak. Ketika itu, dengan kuasa dan kehendak Allah, anak yang didukungnya itu berkata kata kepada Masyitah "Wahai ibu, marilah kita menyusuli ayah. Sesungguhnya, syurga sedang menanti kita."

Apabila mendengar kata kata itu, masyitah dengan rasa kehambaan kepada Allah, dicampakkan bersama anaknya ke dalam kawah tersebut. Maka, matilah Masyitah bersama keluarganya demi mempertahankan akidah dan keimanan mereka. 

Walaupun di dunia ini menerima seksa dan sengsara tetapi di akhirat nanti, Allah telah menjamin syurga untuknya. Masyitah rela direbus hidup hidup di dalam air menggelegak panas sehingga menyebabkan hancur dan masak kulit, isi dan seluruh badannya demi mempertahankan keyakinannya kepada Allah.

MasyaAllah ! enjoy tak korang baca ? muhasabah balik diri kita . even syirah sekalipun, tersentuh dengan kisah teladan ni . sama sama kita panjatkan kesyukuran dan memohon keampunan daripada Allah :) Ok! Got to go ! Syirah kena buat folio sebenarnya . Hehe :b byebyebye ><

Syirah! Buat homework! Jangan duk menghadap laptop ! 




0comment(s)